https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1655019268.jpg

UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 (DINIAH) TAHUN TAHUN 4, 5 DAN 6 SESI 2022/2023

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PELAKSANAAN UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 (DINIAH) BAGI MURID TAHUN 4, 5 DAN 6 SESI 2022/2023 AKAN BERLANGSUNG SEPERTI BERIKUT :

HARI : ISNIN HINGGA RABU

TARIKH : 13 HINGGA 15 JUN 2022 (BERSAMAAN 13-15 ZULKAEDAH 1443H)

TEMPAT : DI DALAM KELAS MASING-MASING

JADUAL DAN SURAT ADALAH SEPERTI YANG TELAH DILAMPIRKAN.

 

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1654044620.jpg

MAKLUMAN CUTI PENGGAL 1, SMIT, SESI 2022/2023

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA CUTI PENGGAL PERTAMA SESI 2022/2023 BAGI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ AKAN BERMULA SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

HARI : JUMAAT - SABTU
TARIKH : 3 JUN - 11 JUN 2022

SESI PERSEKOLAHAN AKAN DIBUKA PADA : 12 JUN 2022 (AHAD)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1653973212jpeg

MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 (DINIAH) DAN CUTI PENGGAL 1, SRIT, SESI 2022/2023

MAKLUMAN UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 (DINIAH)
UJIAN PERTENGAHAN PENGGAL 1 (DINIAH) SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ AKAN BERMULA SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

HARI : RABU DAN KHAMIS
TARIKH : 1 DAN 2 JUN 2022
SEMUA PELAJAR TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 TERLIBAT


CUTI PENGGAL PERTAMA SESI 2022/2023 SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAHFIZ AKAN BERMULA PADA SEPERTI KETETAPAN BERIKUT :

HARI : JUMAAT - SABTU
TARIKH : 3 JUN - 11 JUN 2022
TARIKH PELAJAR AKAN MULA BERSEKOLAH SEMULA ADALAH PADA 12 JUN 2022 (AHAD)

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1652855406.jpg

KHATAM 30 JUZUK

ALHAMDULILLAH, SEGALA KEPUJIAN DAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT DIATAS PELBAGAI NIKMAT KURNIAN DAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHITUNG KEPADA KITA SEMUA.

TANGGAL 17 MEI 2022 TELAH LAHIR SEORANG LAGI AL-HAFIZ DI BUMI MITT INI IAITU ADIK MUHAMMAD ALIF RAIHAN BIN HASSAN (DARUL QURAN, PASIR GUDANG). PELBAGAI UJIAN DAN DUGAAN YANG DITEMPUH OLEH ADIK ALIF SEHINGGALAH ALLAH REZEKIKAN BELIAU BERJAYA MENAMATKAN HAFAZAN AL-QURAN PADA TAHUN INI.

"MENGHAFAL KERANA CINTA BUKAN KERANA TERPAKSA". INILAH KATA-KATA YANG MENJADI PEMBANGKIT SEMANGAT BUAT BELIAU UNTUK TERUS BERJUANG SEHINGGA BERGELAR AL-HAFIZ.

SEMOGA AL-QURAN YANG DIBAWA BERSAMA DALAM HIDUP INI MENJADIKAN ADIK ALIF SEORANG YANG MAHIR DALAM AGAMA DAN BERKHIDMAT UNTUK AGAMA SERTA MASYARAKAT.

TAHNIAH DIUCAPKAN JUGA KEPADA SEMUA GURU YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENJAYAKAN PENDIDIKAN TAHFIZ KEPADA PELAJAR DARUL QURAN, PASIR GUDANG (MITT).

AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA IBUBAPA, KELUARGA, SELURUH BARISAN ASATIZAH YANG BERTUNGKUS LUMUS DALAM MENDIDIK PARA PELAJAR SERTA SEMUA PENYUMBANG YANG MEMBERIKAN SUMBANGAN DALAM MELANCARKAN PERJALANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK SYURGA INI.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..

-SIIRU ALA BARAKALTILLAH-

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1652675530.jpg

SELAMAT HARI GURU 2022

SELURUH WARGA MITT MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA MEREKA YANG BERGELAR GURU, CIKGU, ASSATIZAH, PENSYARAH, DAN SEUMPAMANYA. GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA, ADALAH TEMA SEMPENA HARI GURU TAHUN 2022.

GURU MERUPAKAN TUNJANG TERPENTING DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. PERANAN DAN FUNGSI GURU BUKAN SAHAJA MENYAMPAIKAN ILMU KEPADA MURID, BAHKAN JUGA MEMASTIKAN MURID YANG LAHIR DARIPADA SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MEMPUNYAI SAHSIAH SERTA DAYA SAING YANG TINGGI MELALUI PENJIWAAN AMALAN BAIK YANG DITERAPKAN DI SEKOLAH SECARA SEMULA JADI.

PENJIWAAN AMALAN BAIK MERUPAKAN PEMBUDAYAAN NILAI MURNI, KEMAHIRAN DAN SIKAP POSITIF YANG DIBANGUNKAN DALAM DIRI MURID. PERANAN GURU LEBIH KEPADA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG MENERAPKAN 14 ELEMEN SEJAHTERA DI DALAM DAN DI LUAR KELAS UNTUK DIJADIKAN AMALAN DALAM KEHIDUPAN MURID DI SEKOLAH DAN LUAR SEKOLAH.

AKRONIM YANG MENGGABUNGKAN 14 ELEMEN NILAI-NILAI MURNI YANG MEMBERI PENERAPAN DALAM ASPEK NILAI-NILAI MURNI. HURUF “S” MEMBAWA MAKSUD SELAMAT, SERONOK DAN SIHAT, HURUF “E” PULA BERMAKSUD ETIKA DAN EMPATI, HURUF “J” BERMAKSUD JATI DIRI, HURUF “A” BERMAKSUD ADAB SOPAN, HURUF “H” BERMAKSUD HARMONI, HURUF “T” BERMAKSUD TEKUN, TELITI, DAN TERAMPIL, HURUF “E BERMAKSUD EKSPLORASI, HURUF “R” BERMAKSUD RASIONAL DAN HURUF “A BERMAKSUD ARTIKULASI.

SEMOGA SEGALA USAHA GIGIH PARA GURU DALAM MENCURAHKAN ILMU AKAN BEROLEH GANJARAN PAHALA YANG BESAR DI SISI ALLAH S.W.T DAN MENJADI JARIAH YANG BERPANJANGAN.

SELAMAT HARI GURU!

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR155_1652328133jpeg

MAKLUMAN CUTI UMUM DAN UJIAN BULANAN (1)

UNTUK PENGETAHUAN PIHAK TUAN/PUAN, KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH ADALAH DIWAJIBKAN. PARA PELAJAR PERLU HADIR DAN PULANG MENGIKUT WAKTU PERSEKOLAHAN YANG TELAH DITETAPKAN SUPAYA TIDAK MENGGANGU SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS. PELAJAR YANG TIDAK HADIR PERLU MENGEMUKAN SURAT ATAU SIJIL CUTI SAKIT (MC) YANG TELAH DISAHKAN OLEH DOKTOR KEPADA GURU KELAS ATAU PENGETUA SEKOLAH.

OLEH YANG DEMIKIAN, PIHAK SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ AMAT BERHARAP AGAR TUAN/PUAN DAPAT MEMANTAU KESIHATAN DAN MEMASTIKAN ANAK TERLIBAT MEMBUAT ULANGKAJI PADA CUTI TERSEBUT. KERJASAMA DAN KEPERIHATINAN TUAN/PUAN AMAT KAMI HARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

LAGI

Page 31 of 51