https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665979257.jpg

KURSUS KIMPALAN DAN AUTOCAD | SMIT

ALHAMDULILLAAH. PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN TECHNO HUFFAZ, TAHFIZ DAN SEKOLAH PONDOK DI BAWAH PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) BERTEMPAT DI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN TELAH BERLANGSUNG PADA 14 & 15 OKTOBER SERTA 21&22 OKTOBER 2022.
ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI IALAH :
1) KURSUS PENGHASILAN RAK KASUT MENGGUNAKAN KIMPALAN GAS LENGAI (MNG)
2) KURSUS ASAS AUTODESK AUTOCAD/INVENTOR
SERAMAI 40 ORANG PELAJAR YANG TERDIRI DARI PELAJAR TINGKATAN 3 HINGGA 5 TELAH TERPILIH UNTUK MENGIKUTI KURSUS INI.
PIHAK MITT SANGAT BERBESAR HATI DAN MENGALUNGKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DAN SELURUH KAKITANGAN YANG TERLIBAT DI ATAS PENGANJURAN PROGRAM SEUMPAMA INI.
SIRRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665977380.jpg

PEMERIKSAAN KESIHATAN STAFF MITT SECARA PERCUMA

TARIKH : 12 OKTOBER 2022 | RABU
KLINIK KESIHATAN PASIR GUDANG TELAH HADIR KE MITT BAGI MEMBERIKAN KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA KEPADA KESEMUA STAFF MITT.

ANTARA TUJUAN PEMERIKSAAN KESIHATAN INI ADALAH SEBAGAI LANGKAH AWAL BAGI MENGETAHUI TAHAP KESIHATAN PARA STAFF MITT AGAR SENTIASA SEDIA DALAM BERHADAPAN CABARAN DUNIA PENDIDIKAN KINI.

SELAIN PEMERIKSAAN, PARA STAFF JUGA BERPELUANG BERTEMU MATA DAN BERBINCANG DENGAN DOKTOR BERHUBUNG DENGAN STATUS KESIHATAN MEREKA.

PIHAK MITT MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SELURUH KAKITANGAN KLINIK KESIHATAN PASIR GUDANG YANG HADIR MEMBERIKAN KHIDMAT.

SIRRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665976609.jpg

PAMERAN ANTI DADAH, BAHAYA ROKOK & VAPE | SMIT 2022

ALHAMDULILLAH, SEBUAH PAMERAN ANTI-DADAH, BAHAYA ROKOK DAN VAPE TELAH DIJAYAKAN PADA 12/10/2022, HARI RABU DARI JAM 9.00 HINGGA 12.30 TENGAHARI.
PAMERAN IN TELAH DIANJURKAN OLEH AADK DAERAH JOHOR BAHRU YANG MENJADIKAN KESEMUA PELAJAR SMIT SEBAGAI GOLONGAN SASARAN UTAMA.


OBJEKTIF PAMERAN YANG DIADAKAN INI ANTARA LAIN :
1) MENDEDAHKAN BAHAYA DADAH, ROKOK & VAPE.
2) MEMPERKENALKAN JENIS-JENIS DADAH, ROKOK DAN VAPE.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665976031.jpg

CERAMAH KESEDARAN BAHAYA DADAH, ROKOK & VAPE

ALHAMDULILLAH PADA 12 OKTOBER 2022, HARI RABU, BERTEMPAT DI MUSOLLA MITT, KESEMUA PELAJAT SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ TELAH MENGIKUTI CERAMAH KESEDARAN BAHAYA DADAH, ROKOK DAN VAPE DARI JAM 9.00 HINGGA JAM 10.15 PAGI.

PENCERAMAH YANG DIUNDANG IAITU ENCIK MOHAMAD BADARUDDIN BIN SAMSUDIN, PENYELARAS PUSAT PEMULIHAN NARKOTIK, AADK DAERAH JOHOR BAHRU TELAH BERKONGSI FAKTA-FAKTA DAN STATISTIK YANG MENARIK BERHUBUNG BAHAYA DAN BAHANA BAHAN-BAHAN TERLARANG TERSEBUT.

DIHARAPKAN USAHA SEUMPAMA INI BERHASIL MENANAMKAN RASA BENCI MEREKA KEPADA NAJIS DADAH SEHINGGA KE AKHIR HAYAT MEREKA SETERUSNYA MENJAUHKAN DIRI DARI BAHAN TERLARANG TERSEBUT.

 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665975260.jpg

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

MAJLIS PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 1444H/2022M
PADA 12 RABIUL AWAL 1444H BERSAMAAN 9 OKTOBER 2022 (AHAD) YANG LALU MITT TELAH MENGHANTAR SATU KONTINJEN BAGI MENYERTAI PERARAKAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU.

PADA TAHUN INI MASYARAKAT TIDAK MELEPASKAN PELUANG MENYAMBUT HARI KELAHIRAN BAGINDA RASULULLAH SAW DENGAN PENUH MERIAH SETELAH 2 TAHUN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TIDAK DAPAT DIADAKAN SEPERTI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA,

TEMA SAMBUTAN PADA TAHUN INI ADALAH "KELUARGA JOHOR PEMANGKIN PEMBANGUNAN NEGERI". JUSTERU KONTINJEN MITT YANG DIANGGOTAI OLEH PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ISTAL AT-TAHFIZ SERTA DARUL QURAN MITT TIDAK MELEPASKAN PELUANG MENYERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DENGAN MENYERTAI PERARAKAN YANG BERMULA DARI STADIUM PASIR GUDANG DAN BERAKHIR DI MASJID AN-NUR BANDAR PASIR GUDANG.


SEMOGA DENGAN SAMBUTAN YANG DIADAKAN INI AKAN MENDEKATKAN HATI DAN RASA CINTA KEPADA BAGINDA JUNJUNGAN NABI MUHAMAD SAW. SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH SYAFAAT BAGINDA DI AKHIRAT KELAK. AMIIN.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665381253.jpg

PROGRAM QIAMULLAIL SMIT

PROGRAM QIAMULLAIL ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU AKTIVITI YANG TELAH DIRENCANAKAN DALAM PENGISIAN TAKWIM SEKOLAH MENENGAH ISLAM AT-TAHFIZ (SMIT).
PROGRAM INI BERMATLAMAT UNTUK MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W, DI SAMPING DAPAT MEMBENTUK PARA PESERTA MENJADI MUSLIM YANG BERSAHSIAH TINGGI LAGI TERPUJI KHUSUSNYA DALAM KALANGAN PELAJAR SMIT ITU SENDIRI.
SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA DIHARAPKAN DAPAT MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DARI SUDUT JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL.

PROGRAM INI TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN PADA 6 OKTOBER 2022 YANG LALU MELIBATKAN PELAJAR SMIT DARI TINGKATAN 4 HINGGA TINGKATAN 6.

SEMOGA PROGRAM INI MEMBERIKAN IMPAK YANG SANGAT BESAR DI DALAM DIRI PARA PELAJAR DALAM USAHA MENJADI MUKMIN YANG SENTIASA BERSYUKUR DAN TAWADHUK.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SM110_1665227794.jpg

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1444H

SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W 1444H. MARI KITA BERSAMA PERBANYAKKAN BERSELAWAT 

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1665031141.jpg

CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL & DEEPAVALI SESI 2022/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BERIKUT ADALAH TARIKH-TARIKH CUTI :
1. CUTI MAULIDUR RASUL ( AHAD | 9 OKTOBER 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA ISNIN | 10 OKTOBER 2022
2. CUTI DEEPAVALI ( ISNIN | 24 OKTOBER 2022 )
3. CUTI TAMBAHAN KPM ( AHAD & SELASA | 23 & 25 OKTOBER 2022 ) : PELAJAR AKAN BERSEKOLAH PADA RABU | 26 OKTOBER 2022

ADALAH DIHARAPKAN AGAR PARA IBU BAPA DAN PENJAGA DAPAT MEMBANTU MENGULANGKAJI PELAJARAN, MENJAGA TAHAP KESIHATAN DAN KESELAMATAN SERTA IBADAH SOLAT ANAK-ANAK DAN JAGAAN TUAN/PUAN DI SEPANJANG CUTI INI.
SIIRU ALA BARAKATILLAH.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1664431882.jpg

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRIT 2022

ALHAMDULILLAAH. PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TELAH BERJAYA DILAKSANAKAN DI NURJANNAH CAMP & ECO RESORT, PEKAN NENAS, PONTIAN, JOHOR.

TARIKH : 27 - 29 SEPTEMBER 2022

"KOKURIKULUM TERPIMPIN, KURIKULUM TERJAMIN"

LAGI
https://my02.awfatech.com/mitt/content/news/newsf1_SR160_1664336331.jpg

BUAL BICARA HALA TUJU KERJAYA SMIT 2022

TARIKH : 28/9/2022 (RABU)
MASA : 10.30-12.30


PENCERAMAH UNDANGAN :
ENCIK MOHAMAD HISHAMUDIN BIN MAHAZIR


KUMPULAN SASARAN : PELAJAR TINGKATAN 4 - 6


ANJURAN : UNIT BIMBINGAN, KAUNSELING DAN KESELAMATAN


OBJEKTIF:
MENDEDAHKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DAN SWASTA YANG BERSESUAIAN YANG BOLEH DIPILIH OLEH PELAJAR SELEPAS SPM & STAM.
MENERANGKAN MINAT & KERJAYA YANG BERSESUAIAN DENGAN PILIHAN PELAJAR.

LAGI

Page 40 of 54