AKTIVITI : Permainan Sukan
TARIKH : 28/1/2026
HARI : Rabu
TEMPAT : Padang Awam Taman Pintas Puding
TARIKH : 26 JANUARI 2026
HARI : ISNIN
TEMPAT : SURAU MITT PG
PIC 1 : USTAZ SYAKIR HARITH
PIC 2 : USTAZAH FAR'IZZAH
ALHAMDULILLAAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH
Keputusan SDEA MITT 2025 :
9A
- Maryam binti Zawawi
- Fatimah Az Zahra binti Mohd kamarul
- Najla Adnin binti Mohd ariff
- Nur Alisha binti Shafie
- Muhammad Afiq bin khairulluthfi
- Izz nayli hanania binti Mohd fairul
8 A 1 B
- Anas bin Mohd nizam
- Rizq Zara Sorfina binti Mohd nasir
7 A 2 B
- Ainnursofia binti Abdul rahman
- Muhammad Idris Hakimi bin Adam halim
- Muhammad Ammar Athif bin Al Annizam
Pengurusan MITT merakamkaan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan tahniah buat anak-anak ini atas kejayaan yang dicapai. Tahniah juga buat para assatizah dan ibu bapa dan penjaga yang telah melakukan pelbagai pengorbanan demi memastikan kecemerlangan ini tercapai. Semoga Allah memberkati anugerah ini yang pastinya akan menjadi pendorong untuk kecemerlangan di masa akan datang.
Alhamdulillaah, Pengurusan Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz (MITT) bersama seluruh warga MITT merakamkan setinggi-tinggi ucapan Syabas dan Tahniah kepada para pelajar seluruh Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), dan khususnya buat para pelajar MITT yang telah mengharumkan nama sekolah.
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, disiplin serta komitmen tinggi para pelajar dalam menuntut ilmu agama, di samping sokongan berterusan daripada ibu bapa dan para pendidik. Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Semoga Allah SWT memberkati ilmu yang dipelajari, mengurniakan kefahaman yang mendalam, serta menjadikan para pelajar insan yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia, seterusnya mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.
Diharapkan para pelajar terus istiqamah dalam menuntut ilmu, menjadikan ilmu agama sebagai panduan kehidupan, serta melangkah ke peringkat seterusnya dengan keyakinan, keinsafan dan keazaman yang tinggi.
#tahfizmitt #smitpasirgudang #MITT #TahniahPelajarCemerlang
#SMA #SMRA #PendidikanIslam
#IlmuDanAmal #GenerasiBerilmu
#KecemerlanganAkademik